Wednesday, March 10, 2010

Unit Khidmat Pengurusan

Aku di pertanggungjawabkan di bawah unit Khidmat Pengurusan yakni sebuah unit yang baru ditubuhkan. aku jugak di lantik Sebagai Ketua Unit Khidmat Pengurusan yang merupakan unit baru yang agak besar jugak... Unit nih bertanggungjawab kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan PembangunaN (SKPP)

unit nih perlu mengendalikan pemandu dan pegawai khidmat pelanggan. hari demi hari kerja semakin bertambah seiring dengan evolusi JPWPL yang inginkan secebis kejayaan. unit nih mempunyai 10 orang anggota termasuk aku. pertama kali bertindak secara langsung sebagai 'kepala' memang membuatkan aku kekok... SANGAT... aku biasa menerima arahan tetapi kini aku jugak perlu memberi arahan dan tanggungjawab pon agak berat sebagai ketua unit. Aku sangat sukar sebanarnya untuk mengarahkan orang walaupun staf ku sendiri tetapi apakan daya aku perlu berevolusi secara perlahan-lahan.

Selain bertanggungjawab sebagai ketua Unit aku jugak dilantik sebagai Wakil SKPP utk menjadi salah seorang webmaster. tugas aku hanyala perlu mengemaskini semua aktiviti SKPP untuk dimuatkan dalam laman web JPWPL. 2 webmaster bagi setiap sektor so aku dan Hamiedy merupakan webmaster bagi SKPP. walaupun bertambah tanggungjawab tapi ini memberikan aku peluang untuk mendapat banyak pengalaman dan ilmu2 baru yang mungkin boleh aku manfaatkan kelak.

Aku jugak dilantik sebagai Penyelia kepada kumpulan koir jabatan yang baru ditubuhkan. apa kejadahnya aku yang kena selia pulak? huh.. aku kureng minat muzik sebenarnya so bertindak sebagai penyelia nih agak susa jugak... aku sepatutnya jadi ketua kumpulan koir tapi aku lebih memilih untuk mengurus kumpulan koir... malas aku nak enterframe banyak sangat aktiviti jabatan...

Buletin jabatan jugak aku kena handle bersama Hamiedy... adeh... aku bertindak sebagai editor dan bekerjasama dengan hamiedy mencari bahan untuk dimuatkan dalam buletin... tugas nih pon aku agak suka walaupun memang memberikan beban jugak. aku suka sebab aku leh try menjadi editor tidak rasmi dan menjadi designer untuk buletin tersebut. hamboi memang kelam kabut untuk siapkan buletin 1/2010 namun tetap akan ku pastikan hasil yang terbaik dari kami. percubaan pertama akan kami jadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan menjadi lebih baik pada edisi yang akan datang...

No comments:

Post a Comment