aku melapor diri di pejabat pelajaran W.P Labuan pada 1 disember 2009(selasa). selama seminggu aku di pejabat tanpa berjumpa pengarah dan ketua seksyen sebab semua takde di pejabat. aku kena menghadiri kursus pada 7-10 Disember 2009 (isnin-khamis) bertempat di Hotel Beverly, Kota Kinabalu. kursus moderasi penceramah induksi 2010-2012. kursus nih merupakan kursus untuk memberi lesen kepada peserta kursus menjadi penceramah kursus induksi yang di anjurkan oleh jabatan pelajaran W.P Labuan bagi tempoh 2010-2012.
aku jugak terpilih untuk mengikuti kursus MS Access anjuran ICT pada 11-14 (Jumaat-Isnin) Disember 2009 bertempat di Tang Dynasty Park Hotel, Kota Kinabalu. kursus yang banyak membantu resfresh kembali setelah sekian lama di tinggalkan MS Access.
aku kembali ke pejabat pada 15 Disember 2009 (Selasa) namun mendapat arahan menghadiri mesyuarat pada petang itu di KL. Mesyuarat Penyelarasan AKtiviti Tahunan 2009 diadakan pada 15-17 Disember 2009 (selasa-khamis) di Quality Hotel, Kuala Lumpur. pagi itu aku mengurus tiket dan bahan untuk di bawa ke mesyuarat tersebut. memang kelam kabut nasib baik ada afizi dan hamidi sangat banyak membantu. aku masih baru lagi so nak sediakan report tahunan 2009? pergh...
so 15-29 Disember 2009 aku stay seri kembangan ruma sewa lama bersama rino n dino. urusan kereta dan juz makan angin sebab tiket takde. habis cuti tahunan aku belasah. juz soping barang keperluan untuk di bawa ke sabah dan semua pesanan penaja.
hari ini ( 30 disember 2009 - rabu ) baru aku kembali ke pejabat. teknikalnya aku juz hari ke 6 aku di pejabat. adeh. hari nih agak banyak surat yang aku perlu reply. camne nak reply? kang tak ikut format masalah pulak... jam telah menunjukkan 5.10 pm so memandangkan aku menumpang keta syukrie so aku perlu ikut time dier. lain kali aku sambung.
Tuesday, December 29, 2009
Monday, October 26, 2009
kelebihan air

warna kegemaran putih tetapi amat tertarik dengan AIR... dalam kelembutan air tersembunyi kekuatan... semua hidupan bergantung kepadanya...
gambar nih aku ambil daripada www.iluvislam.com kat wallpaper... dah aku jadikan desktop background kom kat opis nih...
pelbagai madah yang menyingkap sebalik makna 'air' termasuk lah wallpaper nih yang mengandaikan air mempunyai ingatan yang hebat... sejauh mana kebenaran kata2 nih tiada siapa yang tahu hanya kita perlu ambil ikhtibar... betapa dahsyatnya kuasa air sehingga tsunami dirasakan begitu perit malapetaka tersebut... begitu jugak bila banjir berlaku kesannya amat dirasakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
