Wednesday, March 10, 2010

no more Travian!!!

setelah setahun aku bermain game ini maka dengan rasa berat hati aku meninggalkan game yang banyak mengajar aku persahabatan, kerjasama, pengkhiantan, konspirasi, dan pelbagai istilah laen yang lebih sesuai. game nih diperkenalkan oleh syuriadarma coz time tuh katanya game nih tak perlu nak dijaga selalu cam game laen... biarkan jerk katanya... masa memula maen memang ler macam tuh... dah ketagih nak tidor pon payah.

maen game nih memang sangat seronok sebab kita serang kampung orang or orang datang serang kampung kita... kill or be killed... strategi mao baek lah geng sebab tuh aku minat game nih coz strategi and active the MOST important thing... paling penting AKTIF tapi apa kejadahnya aku mao aktif since aku dah bertukar kerja ke LAbuan baek aku fokus on my career daripada hadap benda nih lagi... banyak masa harus ku laburkan untuk bermain game nih sebab bila aku buat sesuatu aku akan bersungguh. termasuk dalam game nih aku bersungguh hinggakan aku jarang kena serang coz 'attack me on ur own risk' dan jugak 'careful with what u wish'. nak jadi member aku senang jerk tapi once ko jadi musuh maka lets decide only one should remain dan loser can say gud bye...

pencapaian aku dalam game nih takdelah sangat membanggakan dan aku secara peribadi tidak berpuas hati dengan pencapaian aku. ikutkan aku ingin teruskan permainan ini sehingga matlamat aku tercapai namun aku tidak sanggup melaburkan begitu banyak masa untuk game ini lagi. mungkin bila aku sudah setel down sikit aku akan bermain semula tapi untuk masa terdekat ini biarlah aku 'berehat' sebentar untuk melakukan apa yang lebih penting coz for me dont teach me how n when i should play this game. i will play when i feel free to play and i will do what i think i should do.

so kepada Nish, Sillprince dan byledemon teruskan pengembaraan korang di alam maya. dan kepada member lain jugak yang maen game nih semoga berjaya.

S2 MY season 1 (2008-2009) skydestroyer (RONIN-47)
S1 MY season 2 (2009-2010) Bloodcloud (RVG-NE1)

Unit Khidmat Pengurusan

Aku di pertanggungjawabkan di bawah unit Khidmat Pengurusan yakni sebuah unit yang baru ditubuhkan. aku jugak di lantik Sebagai Ketua Unit Khidmat Pengurusan yang merupakan unit baru yang agak besar jugak... Unit nih bertanggungjawab kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan PembangunaN (SKPP)

unit nih perlu mengendalikan pemandu dan pegawai khidmat pelanggan. hari demi hari kerja semakin bertambah seiring dengan evolusi JPWPL yang inginkan secebis kejayaan. unit nih mempunyai 10 orang anggota termasuk aku. pertama kali bertindak secara langsung sebagai 'kepala' memang membuatkan aku kekok... SANGAT... aku biasa menerima arahan tetapi kini aku jugak perlu memberi arahan dan tanggungjawab pon agak berat sebagai ketua unit. Aku sangat sukar sebanarnya untuk mengarahkan orang walaupun staf ku sendiri tetapi apakan daya aku perlu berevolusi secara perlahan-lahan.

Selain bertanggungjawab sebagai ketua Unit aku jugak dilantik sebagai Wakil SKPP utk menjadi salah seorang webmaster. tugas aku hanyala perlu mengemaskini semua aktiviti SKPP untuk dimuatkan dalam laman web JPWPL. 2 webmaster bagi setiap sektor so aku dan Hamiedy merupakan webmaster bagi SKPP. walaupun bertambah tanggungjawab tapi ini memberikan aku peluang untuk mendapat banyak pengalaman dan ilmu2 baru yang mungkin boleh aku manfaatkan kelak.

Aku jugak dilantik sebagai Penyelia kepada kumpulan koir jabatan yang baru ditubuhkan. apa kejadahnya aku yang kena selia pulak? huh.. aku kureng minat muzik sebenarnya so bertindak sebagai penyelia nih agak susa jugak... aku sepatutnya jadi ketua kumpulan koir tapi aku lebih memilih untuk mengurus kumpulan koir... malas aku nak enterframe banyak sangat aktiviti jabatan...

Buletin jabatan jugak aku kena handle bersama Hamiedy... adeh... aku bertindak sebagai editor dan bekerjasama dengan hamiedy mencari bahan untuk dimuatkan dalam buletin... tugas nih pon aku agak suka walaupun memang memberikan beban jugak. aku suka sebab aku leh try menjadi editor tidak rasmi dan menjadi designer untuk buletin tersebut. hamboi memang kelam kabut untuk siapkan buletin 1/2010 namun tetap akan ku pastikan hasil yang terbaik dari kami. percubaan pertama akan kami jadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan menjadi lebih baik pada edisi yang akan datang...

rumah sewa

setelah berkelanan ke W.P Labuan... aku meneruskan langkahku dengan mencari rumah sewa yang pada mulanya agak sukar untuk aku temui... aku terpaksa menumpang dengan Syukrie yakni member lama masa kat Politeknik Kota Kinabalu dulu... aku menumpang sebulan sebelum mendapat rumah sewa dengan kakitangan Jabatan Pelajaran Labuan jugak.

rumah sewa ini mula aku duduki januari 2010 dengan kadar sewa RM500 sepurnama. memandangkan kami berdua sahaja so bahagi 2 jerk lah. aku menyewa dengan Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan kebetulan rupanya orang tawau jugak... Samsudin Yalla yang turut baru bertukar ke JPWPL dari SUK Pahang. rumah sewa ini terletak di Taman Mutiara Blok M63...

Masalah air merupakan masalah utama penduduk di Taman Mutiara sejak tahun lalu lagi. Syukur kami menyewa di Ground Floor. tangki sentiasa penuh memandangkan hanya kami berdua sahaja menetap di rumah tuh...