Wednesday, March 10, 2010

rumah sewa

setelah berkelanan ke W.P Labuan... aku meneruskan langkahku dengan mencari rumah sewa yang pada mulanya agak sukar untuk aku temui... aku terpaksa menumpang dengan Syukrie yakni member lama masa kat Politeknik Kota Kinabalu dulu... aku menumpang sebulan sebelum mendapat rumah sewa dengan kakitangan Jabatan Pelajaran Labuan jugak.

rumah sewa ini mula aku duduki januari 2010 dengan kadar sewa RM500 sepurnama. memandangkan kami berdua sahaja so bahagi 2 jerk lah. aku menyewa dengan Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan kebetulan rupanya orang tawau jugak... Samsudin Yalla yang turut baru bertukar ke JPWPL dari SUK Pahang. rumah sewa ini terletak di Taman Mutiara Blok M63...

Masalah air merupakan masalah utama penduduk di Taman Mutiara sejak tahun lalu lagi. Syukur kami menyewa di Ground Floor. tangki sentiasa penuh memandangkan hanya kami berdua sahaja menetap di rumah tuh...

No comments:

Post a Comment